Perkhidmatan di dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Zulkifli Abdullah

  • Beliau mendapat latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur dan Maktab Polis Kuala Kubu Bharu.[9]
  • Diterima menjadi Kadet ASP Polis pada 8 Januari 1984, dan memulakan kerjaya sebagai ASP percubaan di Balai Polis Damansara.[10]
  • Beliau kemudian ditempatkan di Kelantan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas.
  • Ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai Pegawai Penjaga Jenayah Besar di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.[11]
  • Selepas berkhidmat selama 8 tahun dalam pangkat ASP beliau dinaikkan pangkat ke DSP pada tanggal 2 September 1992. Beliau ditempatkan di Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman.[12]
  • 2 tahun berkhidmat di Bukit Aman, beliau dinaikkan ke pangkat Superintenden Polis (SUPT) dengan menyandang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah III - Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.[13]
  • Di Johor juga beliau sekali lagi dinaikkan pangkat ke Asisten Komisioner Polis (ACP) sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I, Bahagian Siasatan Jenayah IPK Johor.[14]
  • Pada 15 Mac 2004, beliau dinaikkan pangkat dan memegang jawatan Timbalan Pengarah III (Kewangan) Jabatan Logistik di Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis II (SAC II). Ini adalah suatu pendedahan ke jabatan baru pada beliau untuk tujuan pembangunan kerjaya.[15]
  • Pada usia 45 tahun, tanggal 28 Ogos 2005, YDH Dato’ Sri dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Kelantan dengan menyandang pangkat Senior Asisten Komisioner Polis I (SAC I) dan merupakan antara Ketua Polis Negeri yang termuda ketika itu.[16]
  • Susulan daripada itu, beliau dinaikkan pangkat pula ke Deputi Komisioner Polis (DCP) dengan memegang jawatan Ketua Polis Negeri Kontinjen Perak pada 16 Julai 2007.[17]
  • Beliau kemudian diberi amanah bagi memimpin Kontinjen Kuala Lumpur sebagai Ketua Polis Negeri untuk tempoh masa tersingkat iaitu 6 bulan dan dinaikkan ke Gred Jusa B Perjawatan.[18]
  • Selepas itu, beliau ke jawatan Pengarah Jabatan Logistik, Bukit Aman dengan pangkat Komisioner Polis (CP). Di jabatan baru ini beliau memulakan suatu transformasi termasuklah penjanamaan semula jabatan tersebut dari Jabatan Logistik ke Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Bukit Aman.[19][20]
  • Beliau sekali diberi tanggungjawab yang besar pada 17 Ogos 2015 sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. Antara tugas dan tanggungjawab beliau adalah mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pembangunan organisasi serta menentukan pembangunan modal insan yang berdaya saing.[21][22]
  • Pada 4 Julai 2017, beliau dinaikkan Gred Perjawatan ke Jusa A (memangku) sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.[23]